Sunday, August 29, 2010

perjumpaan bersama ibu bapa/penjaga murid

Perhatian kepada ibu bapa/penjaga murid - murid prasekolah Tunas Gemilang. Pada 2 September 2010 bersamaan hari khamis, satu perjumpaan akan diadakan bersama ibu bapa/penjaga. Perjumpaan ini bertujuan membincangkan prestasi dan masalah murid - murid dalam pelajaran.

Murid - murid yang terlibat ialah :

* Muhammad Faridzul B. Abd Rahman
* Muhammad Fakrul Radzi Bin Abd Razak
* Nur Mirza Afiqah Binti Shamsudin
* Ainaa Aqilah Binti Mad Isa
* Muhammad Aidil Bin Mohd Yunus

Satu program yang telah dirancangkan oleh pihak Prasekolah ialah Program Permata Hati, sebagai bantuan dalam cuti untuk anak - anak ini.Program akan dijalankan bersama ibu bapa, penjaga dan keluarga.

Harapan saya guru prasekolah, semoga kehadiran tuan puan/penjaga dapat membantu memperbaiki pencapaian anak - anak ini sebelum melangkah ke darjah satu.

Tuesday, August 10, 2010

SiNar RamaDhan

Ramadhan kembali lagi.....Bermulanya cabaran baru buat anak - anak Praseolah Tunas Gemilang....Kad Puasa diwujudkan kembali .. Perhatian kepada ibu bapa atau penjaga Kad Puasa akan diedarkan kepada murid bermula hari Khamis ini.Ia bertujuan untuk membanci jumlah hari anak - anak ini berpuasa bagi mendapatkan hadiah dari pihak Prasekolah.
Sokongan dari ibu bapa atau penjaga amat di perlukan bagi menaikkan semangat anak - anak ini.
Semoga ibadah puasa akan di berkati Tuhan hendaknya.

KAD PUASA
MURID PRASEKOLAH TUNAS GEMILANG
2010
NAMA MURID :

BIL. HARI PUASA SUBUH ZUHUR ASAR MAGRIB
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.

PERLU DI( /) OLEH IBU BAPA ATAU PENJAGA MURID.

Friday, August 6, 2010

PeRhaTian KepADa SemuA Ibu BaPa AtaU PenJaGa

Perhatian kepada semua Ibu Bapa atau Penjaga, pendaftaran prasekolah bagi sesi persekolahan 2011 bermula kini.......Borang pendaftaran boleh didapati di Pejabat Sekolah Kebangsaan Astana Raja.Tarikh tutup pendaftaran ialah 1 oktober 2010. Borang pendaftaran yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

Terima Kasih.....

Guru Prasekolah
Prasekolah Tunas Gemilang
Sekolah Kebangsaan Astana Raja.

Tuesday, July 27, 2010

PeNdAfTArAn pRSEkOLah 2011

PERHATIAN!!!!

MAKLUMAN KEPADA SEMUA IBU BAPA PENJAGA YANG MEMPUNYAI ANAK BERUMUR 6 TAHUN PADA TAHUN HADAPAN...IKLAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU UNTUK SESI PERSEKOLAHAN 2011, DIJANGKAAN AKAN DI KELUARKAN PADA PENGHUJUNG BULAN 7 ATAU AWAL BULAN 8.....IKLAN KEMASUKAN BOLEHLAH DILIHAT DI PINTU PAGAR BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN ASTANA RAJA.


TERIMA KASIH.......

Thursday, May 27, 2010










Selasa, 25 mei 2010:


latihan kebakaran......

mendengar ceramah dari bomba....
Anak-anak Prasekolah menunjukkan minat terhadap kerjaya sebagai
seorang anggota bomba setelah merasai suasana berada di dalam kereta bomba.........

Rabu, 26 mei 2010:


Mendengar ceramah dari unit dadah rembau.......Pelbagai jenis dadah di bawa sebagai contoh. Ceramah yang menarik dan mampu menarik minat murid untuk mengetahui betapa dadah membawa kepada bencana..


Khamis , 27 mei 2010:

Ceramah Doktor Faizah dari Pusat Kesihatan Astan
a Raja. Ceramah bertajuk menjaga kesihatan diri dan H1N1.Ceramah yang disampaikan berselangseli dengan rawatan kesihatan bagi setiap murid dan guru-guru.

Monday, May 24, 2010

ProGraM miNggU iNi

isnin : 24 mei 2010
perasmian program

selasa : 25 mei 2010
ceramah dan demo kebakaran dari bomba....

rabu : 26 mei 2010
ceramah dari agensi dadah

khamis : 27 mei 2010
ceramah dari kesihatan.

Friday, May 21, 2010

Program Anak Ku Sayang


Program anakku sayang sedang berlangsung di Prasekolah bg membantu anak2 yang memerlukan bantuan dalam 3m.......Kepada anak2 ini semoga ia dapat membantu anda semua.... Kepada ibu bapa terima kasih kerana memberikan bantuan supaya perjalanan program ini berjalan dengan tanpa kesilapan....terima kasih semua....


Program berlangsung sepanjang sesi persekolahan 2010..... ia akan diberhentikan pada waktu yang sesuai... Surat pemberitahuan akan diedarkan......


sesi anakku sayang bermula jam 12 tengah hari hingga 1 petang


terima kasih di atas kerjasama semua